There are no items matching the selection.

Hotline: 888 - 94344 6000
My Cart 0
RM 0.00
CATALOG

Tekun Information from Motorkap

Tekun Information from Motorkap

Syarat Permohonan RM10,000 Pembelian Motosikal Dari TEKUN [2021]

 

TEKUN Nasional mengambil langkah proaktif dalam membantu 'rider' yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menawarkan bantuan melalui program Tekun Mobilepreneur 3.0. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui pembiayaan Tekun Mobilepreneur 1.0, ia menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baik pulih motosikal yang dilaksanakan sejak April 2020.

Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon terawal di mana seramai 211 permohonan dengan nilai RM394,000 telah diluluskan. Tawaran ini dibuka kepada semua rider berdaftar dengan syarikat e-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress, MrSpeedy dan lain lain.

 

 

APA ITU SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

  •  

• Pembelian motosikal

• Baik pulih motosikal

• Pendaftaran bersama syarikat e-hailing

• Modal pusingan

 

Kelayakan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

• Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)

• Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).

• Pemohon bukan seorang yang muflis.

• Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.

• Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.

• Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.

• Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.

• Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.

• Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam ( MOT )

• Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

 

Jumlah pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

 

Tempoh pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Tempoh bayaran balik pembiayaan 1 tahun sehingga 3 tahun.

 

Kadar keuntungan TEKUN Mobilepreneur

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3.5% setahun.

 

Tarikh permohonan pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0

Program itu yang akan dilancarkan pada 7 Julai adalah antara usaha kerajaan dengan menggunakan dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

TEKUN juga menyediakan PEMBIAYAAN MIKRO PENJANA

 

Senarai dokumen permohonan yang diperlukan

• Borang permohonan pembiayaan (JPP02 / JPP25 / JPP17)

• Gambar pemohon ukuran passport

• Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang

• Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah

• Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal

• Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan

• Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan

• Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan

• Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing

• Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir)

• Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)

• Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan

 

Tempoh proses pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

7 hari bekerja

 

Cara permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur

Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan. atau menghubungi pihak Motorkap (admin@motorkap.com Atau WhatsApp 0102553456.)

 

Siapakah ejen / wakil untuk menguruskan pembiyaan TEKUN Mobilepreneur

TEKUN tidak melantik ejen / wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

 

Adakah usahawan TEKUN sedia ada layak memohon TEKUN Mobilepreneur 4.0

Usahawan TEKUN sediada adalah layak untuk memohon TEKUN Mobilepreneur 3.0 mengikut syarat seperti berikut:

• Usahawan sedia ada dalam Kategori A3 dan ke bawah.

• Manakala kategori Penjadualan Semula (PS) perlu dalam Kategori A1.

• Had kelulusan pembiayaan yang dibenarkan tidak melebihi RM100,000. Penilaian berdasarkan jumlah baki pokok dan caj (kecuali pembiayaan Kontrak-i hanya mengambil kira baki pokok sahaja).

• Peserta yang telah mendapat pembiayaan CBRM dan TEKUN Mobilepreneur 2.0 (tujuan pembelian motosikal) tidak layak mendapat pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0.

• Peserta yang telah mendapat pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 (tujuan baik pulih motosikal), layak membuat permohonan TEKUN Mobilepreneur 3.0 untuk tujuan membeli motosikal dengan syarat jumlah kelulusan pembiayaan (Mobilepreneur 1.0 / 2.0 dan Mobilepreneur 3.0) maksimum sehingga RM12,000 melalui pembiayaan bertindih (overlapping loan)